Data pengangguran yang dikeluarkan Maybank Investment Bank Research baru-baru ini mendapati kadar pengangguran di Malaysia pada Mac 2019 adalah 3.4 peratus, meningkat 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya iaitu 3.3 peratus.
Data itu konsisten menunjukkan kadar pengangguran di Malaysia dalam tempoh tiga tahun ke belakang ini adalah antara 3 hingga 4 peratus.
Data itu menunjukkan dengan jelas bahawa langkah kerajaan untuk memberikan lebih perhatian kepada bidang keusahawanan terutamanya dalam melahirkan lebih ramai usahawan daripada kalangan belia dan graduan adalah amat bertepatan.
Hal ini disebabkan oleh peluang pekerjaan yang tidak mencukupi untuk menampung bilangan belia dan graduan terutamanya dalam jangka masa panjang.
Data Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa sumbangan usahawan kepada ekonomi negara pada 2018 adalah sebanyak 36 peratus dan peratusan itu dijangka meningkat kepada 41 peratus menjelang 2020.
Dah kaya sangat ker bos? Kalo dah kaya takperlah.... hoho!